Pada hari Isnin 6 Februari 2017 telah dilangsungkan 2 program secara serentak iaitu Program Jom Ke sekolah dan perasmian peti aduan murid beserta program NILAM bagi tahun 2017. Tetamu yang telah hadir ke program tersebut ialah wakil dari PPD Batang Padang Pn. Jenny dan wakil dari PDRM iaitu Inspektor Rameshwaran a/l Raju dari IPD Daerah Slim,
Antara pengisian program tersebut ialah teks ucapan dari Ketua Polis Negara yang dibacakan oleh wakil PDRM serta teks ucapan Menteri Pendidikan yang dibacakan oleh wakil dari PPD.Sebagai simbolik dan gimik perasmian satu sketsa telah dilakonkan oleh pelajar yang terdiri dari pengawas pusat sumber SMK Slim.Cuaca yang baik telah membantu program berjalan dengan jayanya . Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment