NILAM
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau
adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah
dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini
meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah
dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berkesan.
MATLAMAT
Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.
OBJEKTIF
• Menjadikan murid banyak membaca
• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini
KOMPONEN
• Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
• Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.
TAHAP
Program NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu pencambahan penggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA (RP).
TAHAP JAUHARI
Tahap Jauhari menggalakkan murid menambah bilangan bacaan mereka dan ia dijalankan pada dua peringkat persekolahan :
a. Sekolah Rendah
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut :
b. Sekolah Menengah
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku apabila mereka mula belajar di Tingkatan Satu atau Peralihan. Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut:
Tahap RAKAN PEMBACA (RP) mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki tahap RP. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Walau bagaimanapun aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.
Pengiraan markah bagi aktiviti ini diberikan mengikut jumlah aktiviti atau sesi aktiviti (dan bukan jumlah bilangan pendengar, kecuali aktiviti meminjamkan buku) yang dijalankan mengikut kesesuaian umur murid seperti :
- Bercerita (1 sesi = 5 markah)
- Bicara Buku (1 sesi = 5 markah)
- Ulasan Buku (1 sesi = 5 markah)
- Meminjamkan buku (1buku x 5 peminjam = 5 markah)
• Murid pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP :
PELAKSANAAN
Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas tamat waktu persekolahan. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat Sumber Sekolah atau di sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menjalankan aktiviti membaca.
Waktu lain juga boleh diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu Pusat Sumber Sekolah, Minggu Bahasa atau mata pelajaran lain.
Murid juga boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti Bicara Buku dan menulis ulasan buku.
BUKU BACAAN NILAM SEKOLAH MENENGAH

Jumlah Buku | Pengiktirafan |
90 - 179
|
Gangsa |
180 - 269
|
Perak |
270 - 359
|
Emas |
360 ke atas
|
NILAM |
b. Sekolah Menengah
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku apabila mereka mula belajar di Tingkatan Satu atau Peralihan. Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut:
Jumlah Buku | Pengiktirafan |
72 - 143
|
Gangsa |
144 - 215
|
Perak |
216 - 287
|
Emas |
288 ke atas
|
NILAM |
Tahap RAKAN PEMBACA (RP) mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki tahap RP. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Walau bagaimanapun aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.
Pengiraan markah bagi aktiviti ini diberikan mengikut jumlah aktiviti atau sesi aktiviti (dan bukan jumlah bilangan pendengar, kecuali aktiviti meminjamkan buku) yang dijalankan mengikut kesesuaian umur murid seperti :
- Bercerita (1 sesi = 5 markah)
- Bicara Buku (1 sesi = 5 markah)
- Ulasan Buku (1 sesi = 5 markah)
- Meminjamkan buku (1buku x 5 peminjam = 5 markah)
• Murid pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP :
Jumlah markah aktiviti
|
Pengiktirafan
|
100 – 199
|
Gangsa |
200– 299
|
Perak |
300 – 399
|
Emas |
400 ke atas | NILAM |
PELAKSANAAN
Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas tamat waktu persekolahan. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat Sumber Sekolah atau di sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menjalankan aktiviti membaca.
Waktu lain juga boleh diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu Pusat Sumber Sekolah, Minggu Bahasa atau mata pelajaran lain.
Murid juga boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti Bicara Buku dan menulis ulasan buku.
CIRI-CIRI PERLAKSANAAN NILAM
q Rekod
Bacaan
Suatu rekod bacaan setiap pelajar disediakan sebagai dokumen pembacaan
mereka. Pengisian rekod melatih pelajar contohnya : mengingati pengarang dan judul buku yang
dibaca / tema buku / sinopsis buku.
q
Borang Rekod Bacaan.
Pelajar merekodkan bacaan masing-masing di
bawah pengawasan guru, terutamanya semasa waktu matapelajaran bahasa. Guru
berkenaan kemudiannya menyemak dan
mengesahkan rekod bacaan pelajar berkenaan.
q Pengiktirafan
Tokoh Membaca
Data rekod bacaan setiap sekolah dikumpul di
Pusat Sumber Negeri untuk dinilai di peringkat kebangsaan. Tokoh Membaca
dipilih dari kalangan pelajar yang mempunyai rekod bacaan tertinggi dan
diberikan Anugerah NILAM.
TAHAP RAKAN PEMBACA
CIRI-CIRI RAKAN
PEMBACA :
Ø Adalah
murid-murid yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku dan mereka layak
dipilih ke tahap ini.
Ø Murid-murid
pada tahap Rakan Pembaca akan dibimbing
oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat-tempat aktiviti dan
membantu membuat pengesanan kemajuan
aktiviti yang dijalankan murid secara
formal atau tidak formal.
Ø Murid-murid
yang dipilih sebagai Rakan Pembaca akan
dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk
menjayakan aktiviti ini. Mereka akan memilih dan meminjam buku dari pusat
sumber sekolah untuk dibawa pulang. Buku-buku yang dipinjam akan juga dibaca
oleh rakan-rakan, keluarga dan jiran. Kemudian, pembaca tersebut perlu
menandatangani dan membuat sedikit ulasan di dalam buku rekod Rakan Pembaca.
Ø Murid
juga dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti : aktiviti bercerita, membaca
bersama dan bicara buku. Aktiviti yang mereka jalankan akan diberi skor
pemarkahan mengikut berapa sesi aktiviti
dikali dengan berapa ramai pendengar, pembaca dan peminjam buku mereka.
Ø Pelajar
pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual
Sistem Ganjaran RP:
MARKAH
|
PENGIKTIRAFAN
|
100-199 |
Gangsa |
200-299 |
Perak |
300-399 |
Emas |
400 ke atas |
NILAM
|
CONTOH AKTIVITI KIRAAN PEMARKAHAN
TAHAP RAKAN PEMBACA
q
Aktiviti
bercerita - 1 sesi
x 5 pendengar (min) = 5 markah
q
“ - 1 sesi
x 100 pendengar = 5
markah
q
Membaca
bersama -
1 sesi x
3 pendengar = 3 markah
q
“ - 1 sesi x
5 pendengar = 5 markah
q
“ - 1 sesi x
10 pendengar = 5 markah
q
Bicara
Buku
- 1 sesi x
2 pendengar = 2 markah
q
“ - 1 sesi x
5 pendengar = 5 markah
q
“ - 1 sesi x
10 pendengar = 5 markah
q
Meminjamkan
buku - 1 buku x 2
peminjam = 2 markah
q
“ - 1 buku x 5
peminjam (max) = 5 markah
q
“ - 2 buku x 5
peminjam = 10 markah
#
Nota : pemarkahan mengutamakan berapa
banyak sesi dijalankan, bukan
bilangan pendengar untuk mendapatkan lebih markah. Akan tetapi,
markah tetap diberikan kepada
minimum pendengar.
GANJARAN
Apabila aktiviti galakan membaca diberi pengiktirafan dan dipiawaikan
melalui NILAM, masyarakat akan dimaklumi tentang klasifikasi pengiktirafan ini. Penganugerahan ini akan
menjadi satu aset dan pemangkin budaya suka membaca.
Antara ganjaran yang diperolehi murid adalah:
q
Skor markah rekod bacaan murid akan
dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan Murid pada setiap akhir tahun.
q
Markah Rekod bacaan ini dikira dari jangkamasa 6 tahun persekolahan
peringkat Rendah dan 5 tahun persekolahan peringkat Menengah.
q
Markah Rekod Bacaan ini akan
dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti apabila pelajar menamatkan persekolahannya.
q
Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada
pelajar yang layak menerimanya.
q
Pelajar yang telah mencapai rekod
bacaan tertinggi di peringkat kebangsaan akan diberi Anugerah Nilam.
CONTOH-CONTOH
AKTIVITI MEMBACA
q
Projek Pukal -
o
Setiap kelas dibekalkan 50-100
naskah buku dan pelajar
dibenarkan meminjam buku setiap hari sebanyak mana mampu.
q
Projek Iqra’ -
o Semua pelajar Tingkatan 1
hingga Tingkatan 5 wajib mempunyai sebuah buku ‘Rekod Bahan Bacaan’ dan mencatat
nama buku, nama pengarang, penerbit dan juga sinopsis bahan yang dibaca.
q
Program Banyak Membaca –
o
Ia adalah khusus untuk Tingkatan 1 dan 2 . Pelajar digalakkan membaca
seberapa banyak buku dan dicatatkan ke dalam borang khas yang dianalisis setiap
tahun.Insentif dalam bentuk hadiah diberi kepada pelajar yang paling banyak
membaca.
q
Khemah Membaca -
o Kem ini diadakan pada
tiap-tiap tahun . Pelajar akan
didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran
pengendalian maklumat,
ADD dan kerja projek.
q
Kuiz Bistari -
o Khusus untuk pelajar
Menengah Atas. Pada setiap bulan, soalan dikemukakan dan kelas akan menghantar
penyertaan yang membincangkan isu-isu berkaitan Ekonomi, Dadah, AIDS,
Sejarah dan Bahasa Inggeris. Pemenang akan dipilih dan diberikan hadiah insentif.
CADANGAN MASA
PERLAKSANAAN NILAM
q Satu masa membaca di
perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas matapelajaran Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris.
q Ada juga waktu yang diperuntukkan untuk aktiviti PSS
yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca, contohnya aktiviti-aktiviti untuk
Minggu Pusat Sumber . Pada Minggu Pusat Sumber , pelbagai aktiviti boleh
dijalankan; seperti Bercerita,
Pertandingan Menulis Ulasan Buku, / Berbicara tentang buku yang dibaca
(misalnya dalam satu ‘workshop’) / Forum tentang sesuatu buku
q Pelajar meluangkan masa
sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti
membaca seperti membuat ulasan buku atau membaca bersama.
FAKTOR-FAKTOR PELAKSANAAN YANG PERLU DIBERI
PENEKANAN :
q Penyediaan koleksi bahan-bahan bacaan pusat sumber.
Penyelaras pusat sumber perlu memastikan koleksi bahan di pusat sumber mereka
sentiasa selaras dengan perkembangan semasa agar ia dapat menarik minat pelajar
untuk sering mengunjungi Pusat Sumber.
q Sokongan pihak pentadbir sekolah. Aktiviti-aktiviti
pembacaan tidak akan dapat berjalan dengan lancar sekiranya pihak pentadbir
kurang memberi sokongan dalam menjalankan sebarang aktiviti pusat sumber. Ini
termasuklah menyediakan masa dan hari yang sesuai serta bantuan kewangan untuk
menjalankan program ini.
q
Penglibatan
ibubapa dan guru-guru. Aktiviti membaca akan menjadi lebih aktif dan berkesan
sekiranya ibubapa memberi sokongan
membaca semenjak dari kecil kepada pelajar. Selain itu, guru memainkan peranan
penting dalam menekankan bacaan murid di sekolah contohnya memuatkan aktiviti-aktiviti bacaan seumpama ‘Teka-Silangkata’ dan latihan
menulis ulasan buku dalam pengajaran mereka.
q Perlaksanaan program secara sistematik disokong dengan
dokumen dan rekod yang sahih memudahkan penilaian dan pengiktirafan Anugerah
NILAM.
BUKU BACAAN NILAM SEKOLAH MENENGAH
SEMOGA PSS SMK SLIM AKAN LEBIH CEMERLANG DAN TERUS MENYINAR.
ReplyDelete