Thursday, 2 February 2017

Pengalaman Menyusuri Sungai Manik di Perak

Assalamualaikum
Apa khabar warga blog PSS? Saya ingin kongsikan pengalaman saya menghabiskan percutian saya ketika Cuti Tahun Baru Cina yang baru lalu ke Sungai Manik. Pernah kah anda sampai ke Sg. Manik Perak? Kalau anda orang Perak haruslah bagi anda tahu dimana terletaknya Sg Manik ini dan keunikannya berbanding tempat lain di negeri Perak.
Sungai Manik mendapat nama dari terjumpanya sejumlah manik-manik di tepi Sungai Manik yang dipercayai digunakan orang zaman purbakala. Manik ialah biji-biji halus yang dibuat daripada logam atau tembikar. Pada zaman sekarang manik dibuat daripada pelbagai bahan, terutama sekali plastik . Manik adalah butiran halus seperti guli yang biasanya digantung di leher atau di tangan.
Oh ya sebelum itu bagi rakan-rakan yang mahu ke sini ,sedikit berkenaan Sg. Manik ini ialah ianya terletak di Daerah Hilir Perak di bahagian Selatannya ialah Teluk Intan yang mana jaraknya lebih kurang 5 km.
Saya coretkan sedikit info berkaitan Sg Manik ini dari segi Sejarahnya.
Nama Sungai Manik terkenal kerana Perang Sabil atau Perang Sungai Manik yang dilakukan oleh orang Melayu semasa Zaman Darurat 1948-1960.
Ketika itu ramai anggota komunis, kebanyakannya berbangsa Cina, telah bertindak membunuh orang Melayu yang dipercayai menjadi kakitangan kerajaan Jepun di Tanah Melayu. Ramai sekali orang Cina di sepanjang Sungai Perak . Orang Cina membuka kedai emas, kedai runcit dan kedai membeli getah di tebing-tebing Sungai Perak. Antara kampung yang ramai orang Cina ialah Kampung Cina di mukim Bandar , Kampung Gajah, Perak
Tentera Jepun bertindak baik dengan orang Melayu. Tentera Jepun mengambil pemuda Melayu menjadi tentera Jepun dan ada diantaranya dihantar ke Sumatera , Indonesia.
Sebaliknya tentera Jepun telah menyiksa orang Cina dan membunuh mereka. Dengan kekalahan Jepun, pihak komunis telah menangkap orang Melayu yang disyakki menjadi talibarut Jepun.
Lantaran itu orang Melayu telah bertindak balas. Puncak Perang Sabil ini ialah di jambatan Sungai Tunku , Teluk Intan , Perak. Di situ sekumpulan pengganas komunis yang menaiki tongkang, dari Langkap dan Chui Chak telah bertempur dengan pendekar-pendekar Melayu. Pendekar-pendekar Melayu cuba mempertahankan diri dan menyerang mereka yang disyaki menjadi tali-barut komunis di sekitar Sungai Manik, Chui Chak, Langkap , Hilir Perak, Kampung Gajah, Bota dan merebak hingga ke Parit, Perak
Pada ketika itu , orang-orang Banjar telah bertindak menyatukan orang-orang Melayu lalu menyerang anggota komunis di Sungai Manik serta kawasan-kawasan sekitarnya. Serangan ini diketuai oleh seorang wali Allah yang sering dikaitkan dengan kebangkitan secara mendadak orang Melayu menentang pengganas komunis dengan menggunakan pedang atau parang lading. Seluruh pemuda Melayu telah mengambil air penebat, kain merah ilmu (Selendang Merah) yakni dengan ayat-ayat hafazan dari salah seorang Wali Allah yang berketurunan Banjar
 
dari saya
Muhammad Nazmie Alif
Pengawas PSS SMK Slim 2017


No comments:

Post a Comment