Sunday, 12 February 2017

Pencemaran cahaya


 



Pencemaran Alam Sekitar merupakan isu yang amat perlu dititik beratkan dalam menguruskan kehidupan manusia sejagat.Selama ini kita diperingatkan agar sensitif dalam menjaga alam sekitar agar tidak berlaku pencemaran yang boleh memberikan kesan terhadap tahap kehidupan manusia. Pencemaran bukan saja meliputi udara,tanah,air sahaja malah meliputi sebahagian alam yang berhubungkait dengan kehidupan manusia iaitu langit.Apakah pencemaran yang boleh berlaku terhadap langit? Salah satunya ialah pencemaran cahaya..


Pencemaran cahaya merupakan keadaan dimana cahaya digunapakai berlebihan sama ada berpunca dari cahaya buatan atau pun cahaya semulajadi yang mampu menimbulkan ketidakselesaan terhadap suasana persekitaran.Kebiasaanya ianya berpunca daripada pengunaan lampu-lampu di rumah yang terdiri daripada berbagai jenis lampu samada ianya diluar ataupun diluar rumah,selain itu lampu-lampu jalan atau lampu-lampu yang digunakan oleh bangunan besar seperti pusat membeli belah dan sebagainya.Lampu-lampu ini kadangkala dipasang dalam keadaan yang kurang sesuai atau tidak mengikut keperluan sebenar.Jika pada waktu malam biasa kita mampu melihat bintang-bintang di langit gelap dengan mata kasar dengan baik,bagaimanapun keadaan ini boleh terganggu jika keadaan seperti yang dinyatakan tadi berlaku pada tahap yang maksima.


Monday, 6 February 2017

Perasmian NILAM bersama Program Jom Ke Sekolah dan peti aduan murid

Pada hari Isnin 6 Februari 2017 telah dilangsungkan 2 program secara serentak iaitu Program Jom Ke sekolah dan perasmian peti aduan murid beserta program NILAM bagi tahun 2017. Tetamu yang telah hadir ke program tersebut ialah wakil dari PPD Batang Padang Pn. Jenny dan wakil dari PDRM iaitu Inspektor Rameshwaran a/l Raju dari IPD Daerah Slim,
Antara pengisian program tersebut ialah teks ucapan dari Ketua Polis Negara yang dibacakan oleh wakil PDRM serta teks ucapan Menteri Pendidikan yang dibacakan oleh wakil dari PPD.Sebagai simbolik dan gimik perasmian satu sketsa telah dilakonkan oleh pelajar yang terdiri dari pengawas pusat sumber SMK Slim.Cuaca yang baik telah membantu program berjalan dengan jayanya . Alhamdulillah.

Thursday, 2 February 2017

Pengalaman Menyusuri Sungai Manik di Perak

Assalamualaikum
Apa khabar warga blog PSS? Saya ingin kongsikan pengalaman saya menghabiskan percutian saya ketika Cuti Tahun Baru Cina yang baru lalu ke Sungai Manik. Pernah kah anda sampai ke Sg. Manik Perak? Kalau anda orang Perak haruslah bagi anda tahu dimana terletaknya Sg Manik ini dan keunikannya berbanding tempat lain di negeri Perak.
Sungai Manik mendapat nama dari terjumpanya sejumlah manik-manik di tepi Sungai Manik yang dipercayai digunakan orang zaman purbakala. Manik ialah biji-biji halus yang dibuat daripada logam atau tembikar. Pada zaman sekarang manik dibuat daripada pelbagai bahan, terutama sekali plastik . Manik adalah butiran halus seperti guli yang biasanya digantung di leher atau di tangan.
Oh ya sebelum itu bagi rakan-rakan yang mahu ke sini ,sedikit berkenaan Sg. Manik ini ialah ianya terletak di Daerah Hilir Perak di bahagian Selatannya ialah Teluk Intan yang mana jaraknya lebih kurang 5 km.
Saya coretkan sedikit info berkaitan Sg Manik ini dari segi Sejarahnya.
Nama Sungai Manik terkenal kerana Perang Sabil atau Perang Sungai Manik yang dilakukan oleh orang Melayu semasa Zaman Darurat 1948-1960.
Ketika itu ramai anggota komunis, kebanyakannya berbangsa Cina, telah bertindak membunuh orang Melayu yang dipercayai menjadi kakitangan kerajaan Jepun di Tanah Melayu. Ramai sekali orang Cina di sepanjang Sungai Perak . Orang Cina membuka kedai emas, kedai runcit dan kedai membeli getah di tebing-tebing Sungai Perak. Antara kampung yang ramai orang Cina ialah Kampung Cina di mukim Bandar , Kampung Gajah, Perak
Tentera Jepun bertindak baik dengan orang Melayu. Tentera Jepun mengambil pemuda Melayu menjadi tentera Jepun dan ada diantaranya dihantar ke Sumatera , Indonesia.
Sebaliknya tentera Jepun telah menyiksa orang Cina dan membunuh mereka. Dengan kekalahan Jepun, pihak komunis telah menangkap orang Melayu yang disyakki menjadi talibarut Jepun.
Lantaran itu orang Melayu telah bertindak balas. Puncak Perang Sabil ini ialah di jambatan Sungai Tunku , Teluk Intan , Perak. Di situ sekumpulan pengganas komunis yang menaiki tongkang, dari Langkap dan Chui Chak telah bertempur dengan pendekar-pendekar Melayu. Pendekar-pendekar Melayu cuba mempertahankan diri dan menyerang mereka yang disyaki menjadi tali-barut komunis di sekitar Sungai Manik, Chui Chak, Langkap , Hilir Perak, Kampung Gajah, Bota dan merebak hingga ke Parit, Perak
Pada ketika itu , orang-orang Banjar telah bertindak menyatukan orang-orang Melayu lalu menyerang anggota komunis di Sungai Manik serta kawasan-kawasan sekitarnya. Serangan ini diketuai oleh seorang wali Allah yang sering dikaitkan dengan kebangkitan secara mendadak orang Melayu menentang pengganas komunis dengan menggunakan pedang atau parang lading. Seluruh pemuda Melayu telah mengambil air penebat, kain merah ilmu (Selendang Merah) yakni dengan ayat-ayat hafazan dari salah seorang Wali Allah yang berketurunan Banjar
 
dari saya
Muhammad Nazmie Alif
Pengawas PSS SMK Slim 2017