Sunday, 13 August 2017

Perrandingan NILAM peringkat PKG Slim

Slim River - Satu Pertandingan NILAM peringat Pusat Kegiatan Guru Slim telah diadakan pada 14 Ogos 2017 bertempat di PKG Slim,Slim River bermula jam 8.30 pagi.SMK Slim telah menghantar beberapa orang wakil pelajar ke pertandingan tersebut.


Wednesday, 2 August 2017

Majlis Perpisahan Pengetua SMK Slim Pn Zuraidah Bt Ahmad Zaiti





Pada 2 Ogos 2017 telah diadakan majlis perpisahan Pengetua Pn Zuraidah Bt Ahmad Zaiti yang bertukar ke PPD Batang Padang.Dengan tema "Dibawah Payungmu Kami Gembira,Pergimu Mengundang Pilu Didada" mengambarkan betapa warga SMK Slim amat terasa dengan pertukaran tuan pengetua. Warga SMK Slim amat berbangga kerana memiliki mantan pengetua yang dedikasi,tegas dan berwibawa dan mempunyai sifat memahami dan mencurahkan kasih sayang beliau buat seluruh warga SMK Slim. Sifat empati dan simpati serta keprihatinan beliau terhadap guru dan staff membuatkan guru dan staf berasa senang dengan beliau dan secara tidak langsung memberikan semangat dan motivasi buat warga SMK Slim dalam menjalankan tanggungjawab mereka.Kami warga PSS SMK Slim khasnya dan seluruh warga SMK Slim amnya mendoakan kesejahteraan buat mantan Pengetua Pn Zuraidah bt Ahmad Zaiti semoga beliau terus dilimpahi rahmat dalam kehidupan disamping keluarga tersayang.

Monday, 3 July 2017

Aktiviti Minggu Bahasa 2017





Bersempena dengan minggu bahasa yang diadakan sepanjang minggu ini ,beberapa aktiviti akan dijalankan untuk memenuhi minggu bahasa.Semalam telah hadir wakil AAMIRICH RESOURCES iaitu yang menjalankan Mobile E-Book .Disamping membuat pameran buku ,jualan buku-buku juga turut diadakan.

Minggu Bahasa 2017

Minggu Bahasa peringkat sekolah telah dilancarkan pada 3 Julai 2017 bersamaan hari Rabu 9 Syawal 1438 Hijrah.Perasmian telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Slim Pn. Zuraidah Ahmad Zaiti di dataran kejat SMK Slim.
Banyak aktiviti akan dilaksanakan sepanjang minggu bahasa ini.Para pelajar SMK Slim bolehlah mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang diadakan.Sewaktu pelancaran semalam majlis telah diselitkan dengan pidato dan juga bacaan sajak bahasa Inggeris oleh wakil pelajar.


Sunday, 2 April 2017

PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2017 (KM1M 2017)

Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan Kem Membaca 1Malaysia yang bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.
Program KM1M 2017 akan diadakan selama tiga hari iaitu pada 4 hingga 6 April 2017 dengan tema "Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia". Majlis pelancaran KM1M peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 4 April di Audiotorium BTP,KPM.
Bagi peringkat sekolah akan dijalankan berdasarkan tarikh yang telah dicadangkan.

Monday, 20 March 2017

Penambahbaikan NILAM

OBJEKTIF NILAM YANG DITAMBAHBAIK

melestarikan budaya pembacaan berkualiti, membantu proses pencarian ilmu pengetahuan, membina kemahiran, penguasaan literasi maklumat dan digital sepanjang hayat;
menyediakan murid Malaysia untuk menjawab soalan yang menguji pemikiran aras tinggi (KBAT) yang menguji keupayaan menaakul, membuat refleksi, dan menilai melalui aktiviti pengayaan;
menggalakkan pelibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan program dan aktiviti membaca merentasi kurikulum.
menggalakkan pelibatan masyarakat/komuniti setempat/ pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan



Wednesday, 15 March 2017

Pengagihan Peranti YES Altitude kepada warga SMK Slim



Setiap guru akan dihadiahkan jumlah data sebanyak 4 GB sebulan oleh KPM dalam 1Bestarinet Fasa 2 ini. 2GB data dengan menggunakan telefon pintar YES Altitude dan 2GB data lagi boleh menggunakan peranti lain seperti dongle, huddle dan zoom. Tujuan pemberian peranti ini adalah memudahkan guru mencari sumber pengajaran atas talian dalam penyediaan laman Frog VLE.

 Sesi penerangan dan pengagihan peranti YES oleh Tuan Pengetua.








Antara guru yang menerima peranti nampak begitu teruja untuk menggunakan peranti di dalam Pdpc Abad 21.Sesi perbincangan penggunaan peranti antara guru menampakkan keterujaan mereka dengan penggunaan peranti terkini dari KPM.

Tuesday, 14 March 2017

Filem Adiwiraku



Begitu menarik tajuk filem ini. Bagi yang pertama kali mendengar tajuk filem ini pasti akan membayangkan filem ini adalah kisah tentang adiwira dan mungkin difikiran anda akan membayangkan adiwira umpama Superman,Batman dan sebagainya. 
 Filem ini adalah ia berkenaan kisah benar iaitu tentang perjuangan dan kejayaan dua guru Bahasa Inggeris dalam mendidik para pelajar di sebuah sekolah luar bandar di Kedah.  
Adiwiraku menceritakan bagaimana pelajar SMK Pinang Tunggal Sg Petani berusaha untuk menyertai pertandingan choral speaking walaupun telah diketahui peluang mereka untuk menang terlalu tipis.
Bagi mereka yang berasal dari sekolah di luar bandar pasti akan merasai filem ini sangat dekat di hati mereka kerana ini adalah pengalaman sebenar pelajar-pelajar di luar bandar.  Berbeza  dengan pengalaman pelajar-pelajar di bandar yang mendapat banyak kemudahan.  Inipati cerita inilah yang dikatakan antara tarikan utama filem Adiwiraku.  
Filem ini diterbitkan oleh Sol Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Eric Chong dengan lakonlayar oleh Jason Chong.
Oleh itu jom kita pakat menonton filem ini terutama kepada guru-guru sebagai inspirasi.

Saturday, 11 March 2017

MTQ DAERAH BATANG PADANG / MUALLIM TAHUN 2017


Alhamdulillah selesai sudah.. MTQ Daerah Batang Padang / Muallim Tahun 2017 di SMK Sungkai.. Biarpun penat tp berbaloi.. Walaupun SMK Slim hanya mendapat tempat ke-2 dlm Syarahan Agama (perempuan), pd saya itu dh cukup baik memandangkan kita kesuntukan masa untuk berlatih kerana perlbagai aktiviti sekolah yg dijalankan sepanjang bulan ini.. Tahniah kpd  Khalisah bt Shamsur Rahman (3 Aspirasi) .. Tahniah kpd semua peserta yg dah mencuba sehabis baik.. Jgn putus asa.. Tahun depan cuba lagi.. insya Allah.. 





Sunday, 12 February 2017

Pencemaran cahaya


 



Pencemaran Alam Sekitar merupakan isu yang amat perlu dititik beratkan dalam menguruskan kehidupan manusia sejagat.Selama ini kita diperingatkan agar sensitif dalam menjaga alam sekitar agar tidak berlaku pencemaran yang boleh memberikan kesan terhadap tahap kehidupan manusia. Pencemaran bukan saja meliputi udara,tanah,air sahaja malah meliputi sebahagian alam yang berhubungkait dengan kehidupan manusia iaitu langit.Apakah pencemaran yang boleh berlaku terhadap langit? Salah satunya ialah pencemaran cahaya..


Pencemaran cahaya merupakan keadaan dimana cahaya digunapakai berlebihan sama ada berpunca dari cahaya buatan atau pun cahaya semulajadi yang mampu menimbulkan ketidakselesaan terhadap suasana persekitaran.Kebiasaanya ianya berpunca daripada pengunaan lampu-lampu di rumah yang terdiri daripada berbagai jenis lampu samada ianya diluar ataupun diluar rumah,selain itu lampu-lampu jalan atau lampu-lampu yang digunakan oleh bangunan besar seperti pusat membeli belah dan sebagainya.Lampu-lampu ini kadangkala dipasang dalam keadaan yang kurang sesuai atau tidak mengikut keperluan sebenar.Jika pada waktu malam biasa kita mampu melihat bintang-bintang di langit gelap dengan mata kasar dengan baik,bagaimanapun keadaan ini boleh terganggu jika keadaan seperti yang dinyatakan tadi berlaku pada tahap yang maksima.


Monday, 6 February 2017

Perasmian NILAM bersama Program Jom Ke Sekolah dan peti aduan murid

Pada hari Isnin 6 Februari 2017 telah dilangsungkan 2 program secara serentak iaitu Program Jom Ke sekolah dan perasmian peti aduan murid beserta program NILAM bagi tahun 2017. Tetamu yang telah hadir ke program tersebut ialah wakil dari PPD Batang Padang Pn. Jenny dan wakil dari PDRM iaitu Inspektor Rameshwaran a/l Raju dari IPD Daerah Slim,
Antara pengisian program tersebut ialah teks ucapan dari Ketua Polis Negara yang dibacakan oleh wakil PDRM serta teks ucapan Menteri Pendidikan yang dibacakan oleh wakil dari PPD.Sebagai simbolik dan gimik perasmian satu sketsa telah dilakonkan oleh pelajar yang terdiri dari pengawas pusat sumber SMK Slim.Cuaca yang baik telah membantu program berjalan dengan jayanya . Alhamdulillah.

Thursday, 2 February 2017

Pengalaman Menyusuri Sungai Manik di Perak

Assalamualaikum
Apa khabar warga blog PSS? Saya ingin kongsikan pengalaman saya menghabiskan percutian saya ketika Cuti Tahun Baru Cina yang baru lalu ke Sungai Manik. Pernah kah anda sampai ke Sg. Manik Perak? Kalau anda orang Perak haruslah bagi anda tahu dimana terletaknya Sg Manik ini dan keunikannya berbanding tempat lain di negeri Perak.
Sungai Manik mendapat nama dari terjumpanya sejumlah manik-manik di tepi Sungai Manik yang dipercayai digunakan orang zaman purbakala. Manik ialah biji-biji halus yang dibuat daripada logam atau tembikar. Pada zaman sekarang manik dibuat daripada pelbagai bahan, terutama sekali plastik . Manik adalah butiran halus seperti guli yang biasanya digantung di leher atau di tangan.
Oh ya sebelum itu bagi rakan-rakan yang mahu ke sini ,sedikit berkenaan Sg. Manik ini ialah ianya terletak di Daerah Hilir Perak di bahagian Selatannya ialah Teluk Intan yang mana jaraknya lebih kurang 5 km.
Saya coretkan sedikit info berkaitan Sg Manik ini dari segi Sejarahnya.
Nama Sungai Manik terkenal kerana Perang Sabil atau Perang Sungai Manik yang dilakukan oleh orang Melayu semasa Zaman Darurat 1948-1960.
Ketika itu ramai anggota komunis, kebanyakannya berbangsa Cina, telah bertindak membunuh orang Melayu yang dipercayai menjadi kakitangan kerajaan Jepun di Tanah Melayu. Ramai sekali orang Cina di sepanjang Sungai Perak . Orang Cina membuka kedai emas, kedai runcit dan kedai membeli getah di tebing-tebing Sungai Perak. Antara kampung yang ramai orang Cina ialah Kampung Cina di mukim Bandar , Kampung Gajah, Perak
Tentera Jepun bertindak baik dengan orang Melayu. Tentera Jepun mengambil pemuda Melayu menjadi tentera Jepun dan ada diantaranya dihantar ke Sumatera , Indonesia.
Sebaliknya tentera Jepun telah menyiksa orang Cina dan membunuh mereka. Dengan kekalahan Jepun, pihak komunis telah menangkap orang Melayu yang disyakki menjadi talibarut Jepun.
Lantaran itu orang Melayu telah bertindak balas. Puncak Perang Sabil ini ialah di jambatan Sungai Tunku , Teluk Intan , Perak. Di situ sekumpulan pengganas komunis yang menaiki tongkang, dari Langkap dan Chui Chak telah bertempur dengan pendekar-pendekar Melayu. Pendekar-pendekar Melayu cuba mempertahankan diri dan menyerang mereka yang disyaki menjadi tali-barut komunis di sekitar Sungai Manik, Chui Chak, Langkap , Hilir Perak, Kampung Gajah, Bota dan merebak hingga ke Parit, Perak
Pada ketika itu , orang-orang Banjar telah bertindak menyatukan orang-orang Melayu lalu menyerang anggota komunis di Sungai Manik serta kawasan-kawasan sekitarnya. Serangan ini diketuai oleh seorang wali Allah yang sering dikaitkan dengan kebangkitan secara mendadak orang Melayu menentang pengganas komunis dengan menggunakan pedang atau parang lading. Seluruh pemuda Melayu telah mengambil air penebat, kain merah ilmu (Selendang Merah) yakni dengan ayat-ayat hafazan dari salah seorang Wali Allah yang berketurunan Banjar
 
dari saya
Muhammad Nazmie Alif
Pengawas PSS SMK Slim 2017


Tuesday, 24 January 2017

Menaiktaraf Bilik Pembelajaran Abad 21

 
 
 
 
 
Pihak sekolah dengan kerjasama AJK PSS sedang menaiktaraf dan menambahbaik kemudahan yang terdapat di bilik PAK21 ini. Semoga segalanya berjalan lancar dan berjaya.Terima kasih atas kerjasama dan sokongan dari pihak guru SMK Slim yang turut membantu.
 
 

Sunday, 22 January 2017

Barisan Pengawas Pusat Sumber Tahun 2017

 
 
 
Penyempurnaan penyerahan watikah lantikan kepada Pengawas PSS telah berjalan lancar dengan jayanya .Diucapkan selamat menjalankan tugas kepada yang terpilih. Tahniah diucapkan.
 
 
 
 

Tuesday, 17 January 2017

GPM SMK SLIM 2017

Tahun 2017 SMK Slim telah melantik Guru Perpustakaan dan Media yang baru iaitu Cikgu Noorhasheela Bt Zainal Abidin. Semoga PSS SMK Slim mendapat semangat dan sentuhan yang baru.
 


MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH 2017

 
 
Pada 17 Januari 2017 jam 7.30 pagi Majlis Penyerahan watikah pelantikan Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Tingkatan telah diadakan di Dewan Elearning SMK Slim.Majlis telah dihadiri oleh tetamu terhormat iaitu Tn Pengetua SMK Slim, SMK Slim.