Hari ini Ahad 26 April 2015 telah diadakan satu kelas membina blog untuk pelajar Asrama SMK Slim 2015. Kelas berlangsung dari jam 8.30 hingga 12 tengahari. Sasaran 20 orang peserta .Di dalam kelas ini pelajar diberikan ilmu asas membina blog. Objektif kelas ini adalah untuk menggalakkan pelajar membina blog sendiri dan seterusnya dapat menyertai pertandingan-pertandingan blog yang dikhususkan untuk pelajar sekolah menengah. Bagi tujuan ini sasaran awal ialah pelajar menyertai pertandingan blog yang dianjurkan oleh Persatuan Pengguna.
Saturday, 25 April 2015
Kelas Membina Blog Dengan Pelajar Asrama
Hari ini Ahad 26 April 2015 telah diadakan satu kelas membina blog untuk pelajar Asrama SMK Slim 2015. Kelas berlangsung dari jam 8.30 hingga 12 tengahari. Sasaran 20 orang peserta .Di dalam kelas ini pelajar diberikan ilmu asas membina blog. Objektif kelas ini adalah untuk menggalakkan pelajar membina blog sendiri dan seterusnya dapat menyertai pertandingan-pertandingan blog yang dikhususkan untuk pelajar sekolah menengah. Bagi tujuan ini sasaran awal ialah pelajar menyertai pertandingan blog yang dianjurkan oleh Persatuan Pengguna.
Friday, 24 April 2015
Thursday, 23 April 2015
Buku Teks Elektronik - Ebook
Buku merupakan salah satu sarana penting dalam keperluan untuk meningkatkan mutu pendidikan. Salah satu masalah berkaitan dewasa ini adalah keperluan buku yang memenuhi standard pendidikan dengan harga murah yang dapat dijangkau oleh setiap lapisan masyarakat . Untuk mengatasi hal tersebut, Departemen Pendidikan Nasional di Indonesia telah membeli hakcipta buku teks pendidikan dari penulis atau penerbit.Buku-buku tersebut kemudiannya disediakan dalam bentuk buku elektronik(ebook) dengan nama Buku Sekolah Elektronik (BSE). Kita melihat usaha tersebut sebagai satu usaha atau langkah oleh pihak Kerajaan Indonesia dalam membantu rakyat mereka dalam meningkatkan mutu pendidikan di negara mereka.
Di negara kita Malaysia, sistem BME itu boleh kita perolehi melalui sistem VleFrog yang telah dilancarkan di sekolah pada tahun 2013. Melalui program VLEFrog tersebut murid-murid mendapat kemudahan akses dengan mendapat Id peribadi bagi setiap orang murid menggunakan kemudahan VLEFrog tersebut. Antara kemudahan tersebut termasuklah Bookshelf di mana Buku Teks dalam bentuk Ebook dapat digunapakai oleh guru dan pelajar.Apa yang pasti ,kemudahan yang bagus ini perlu digunakan sepenuhnya oleh guru dan pelajar.
Wednesday, 22 April 2015
Tuesday, 21 April 2015
Program membaca 1 Malaysia Peringkat Sekolah 2015
Program Membaca 1Malaysia peringkat sekolah telah diadakan pada 21 April 2015 bertempat di dataran KEJAT SMK Slim ,Slim River. Aktiviti pelancaran serta membaca dalam satu jangkamasa yang ditetapkan telah diadakan sebagai salah satu aktiviti program di kalangan guru dan murid.
Program ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi minat membaca di kalangan murid-murid.
Monday, 20 April 2015
PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH 2015
Kem Membaca 1Malaysia merupakan 1 aktiviti tahunan Kementerian
Pendidikan Malaysia ( KPM ) bertujuan untuk menggalakkan pembacaan untuk
mengisi waktu dan seterusnya mengekalkan momentum pembelajaran murid.
Membaca merupakan satu proses kognitif dengan cara membina, memberi makna atau pengertian kepada kod-kod seperti huruf. Hasil daripada proses itu maka akan terhasil maklumat yang digunakan untuk berkomunikasi, berkongsi pendapat dan idea.
Melalui pembacaan juga, kita boleh mendidik diri dengan meningkatkan ilmu pengetahuan yang ada bagi mempertingkatkan kualiti hidup, mampu berdaya saing dan bergerak maju dalam dunia kini yang mencabar.
Malah individu yang suka membaca merupakan aset kerajaan yang tidak terhingga nilainya kerana kehidupan pada hari esok banyak bergantung kepada apa yang kita pelajari masa kini.
Menyedari kepentingan membaca, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama sebuah syarikat pengedar buku kanak-kanak, Scholastic Sdn. Bhd. baru - baru ini menganjurkan Kem Membaca 1Malaysia.
Kem Membaca 1Malaysia merupakan 1 aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) bertujuan untuk menggalakkan pembacaan untuk mengisi waktu dan seterusnya mengekalkan momentum pembelajaran murid.
Pelancaran serentak seluruh negara akan berlangsung pada 21 April 2015.

Sunday, 19 April 2015
Buku NILAM
Tiga Elemen Program NILAM
a. Rekod Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.
b. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
c. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan aktiviti berkaitan yang disertai.
Kepada murid yang masih belum membeli buku NILAM sehingga hari ini atau buku NILAM mereka telah hilang sila dapatkannya segera dari guru anda.
Wednesday, 15 April 2015
Aktiviti April
Antara aktiviti bagi Bulan April 2015
Program
GalakanMembaca
1.Hari Buku dan HakCipta
2. Pameran Buku
Monday, 13 April 2015
Friday, 10 April 2015
Wednesday, 8 April 2015
Selamat Datang Pengetua Baru...
Pihak AJK Pusat Sumber Sekolah SMK Slim dengan ini menghulurkan salam dan selamat datang kepada Pengetua baru Pn. Zuraidah Bt Ahmad Zaiti ke SMK Slim pada 23 Mac 2015 yang lalu.
Saturday, 4 April 2015
Blog PSS baru
Salam sejahtera
Oleh kerana email sekolah yang terdahulu telah tidak digunapakai lagi maka blog PSS yang baru telah bertukar wajah ke link atau pautan yang baru.
Semoga blog baru membawa semangat yang baru buat warga SMK Slim....!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)