Sunday, 22 November 2015

Penghakiman PSS



Penghakiman untuk ke peringkat seterusnya




PSS SMK SLIM - Hari ini penghakiman Pusat Sumber Sekolah untuk kelayakan ke peringkat Kebangsaan diadakan. Besarlah harapan pihak PSS SMK Slim untuk memberikan yang terbaik semoga mampu mengharumkan nama sekolah dan JPN Perak khususnya. InsyaAllah

Monday, 14 September 2015

PENGHAKIMAN BAGI PERTANDINGAN PUSAT SUMBER CEMERLANG PERINGKAT NEGERI PERAK


 Hari ini SMK Slim menerima kunjungan hakim bagi pertandingan pusat sumber cemerlang peringkat negeri Perak. Hakim-hakim terdiri daripada Tn. Hj. Ibrahim Astar Mohamed, En. Osman b. Mohamed, En. Megat Fuad b. Megat Zainudi dan En. Zainal Ariffin b. Ngah Jamaludin.




Foto sekitar penghakiman PSS berjalan










Sudut-sudut berkaitan PSS





Hari Penghakiman PSS

15 September 2015 adalah hari penghakiman untuk PSS SMK Slim. Doakan kejayaan kami.






Menceriakan luaran PSS


Assalamualaikum
Semenjak bulan lepas banyak kerja-kerja bagi menceriakan kawasan sekolah giat dilaksanakan. Terutamanya bahagian luar dan jalan ke arah PSS seperti tangga dan sebagainya.Hasil kerjasama dari guru-guru dengann kemahiran dan kepakaran yang tertentu telah membantu usha ini berjalan dengan baik. Semoga usaha ini akan mendatangkan kebaikan untuk anak didik di SMK Slim.

Tuesday, 18 August 2015

Membaiki talian internet di PSS

PC di PSS mengalami masalah teknikal talian internet. Masalah dikenalpasti dan baikpulih telah dilakukan dan berjaya.
Masalah pada port sambungan ke PC dikenalpasti sebagai punca.



Sunday, 2 August 2015

Book

WHAT IS A BOOK ?                  

A book is pages, pictures and words
A book is animals , people and birds       
A book is stories of queen and kings      
   poems , and a song- so many things     
Curled in a corner where I can hide
With  a book I can journey far and wide
Through it’s only paper from end to end
A book is a very special friend .
                                                       

Friday, 3 July 2015

Penghakiman Pusat Sumber Sekolah SMK Slim 2015


Dua orang pemantau bagi pertandingan PSS daerah Batang Padang telah hadir pada 2 Julai lalu.Mereka terdiri daripada En. Hamzan dan En Azman 

Friday, 15 May 2015

Pengubahsuaian PSS






Hari ini kerja-kerja pengubahsuaian telah dilakukan di PSS SMK Slim. Semoga pengubahsuaian ini menambahkan keceriaan PSS 2015 !!!
Terima kasih

SELAMAT HARI GURU!!!


Warga PSS ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru di Malaysia terutamanya guru SMK Slim ...semoga pengorbanan guru-guru diberkati

Friday, 1 May 2015

Hari Pekerja

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei sesuatu tahun. Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh , yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872di Kanada, meminta lapan jam waktu bekerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket pada tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

Saturday, 25 April 2015

Kelas Membina Blog Dengan Pelajar Asrama





Hari ini Ahad 26 April 2015 telah diadakan satu kelas membina blog untuk pelajar Asrama SMK Slim 2015. Kelas berlangsung dari jam 8.30 hingga 12 tengahari. Sasaran 20 orang peserta .Di dalam kelas ini pelajar diberikan ilmu asas membina blog. Objektif kelas ini adalah untuk menggalakkan pelajar membina blog sendiri dan seterusnya dapat menyertai pertandingan-pertandingan blog yang dikhususkan untuk pelajar sekolah menengah. Bagi tujuan ini sasaran awal ialah pelajar menyertai pertandingan blog yang dianjurkan oleh Persatuan Pengguna.

Thursday, 23 April 2015

Buku Teks Elektronik - Ebook


Buku merupakan salah satu sarana penting dalam keperluan untuk  meningkatkan mutu pendidikan. Salah satu masalah berkaitan  dewasa ini adalah keperluan buku yang memenuhi standard pendidikan dengan harga murah yang dapat dijangkau oleh setiap lapisan masyarakat . Untuk mengatasi hal tersebut, Departemen Pendidikan Nasional di Indonesia telah membeli hakcipta buku teks pendidikan  dari penulis atau penerbit.Buku-buku tersebut kemudiannya disediakan dalam bentuk buku elektronik(ebook) dengan nama Buku Sekolah Elektronik (BSE). Kita melihat usaha tersebut sebagai satu usaha atau langkah oleh pihak Kerajaan Indonesia dalam membantu rakyat mereka dalam meningkatkan mutu pendidikan di negara mereka.
Di negara kita Malaysia, sistem BME itu boleh kita perolehi melalui sistem VleFrog yang telah dilancarkan di sekolah pada tahun 2013. Melalui program VLEFrog tersebut murid-murid mendapat kemudahan akses dengan mendapat Id peribadi bagi setiap orang murid menggunakan kemudahan VLEFrog tersebut. Antara kemudahan tersebut termasuklah Bookshelf di mana Buku Teks dalam bentuk Ebook dapat digunapakai oleh guru dan pelajar.Apa yang pasti ,kemudahan yang bagus ini perlu digunakan sepenuhnya oleh guru dan pelajar.


Tuesday, 21 April 2015

Program membaca 1 Malaysia Peringkat Sekolah 2015



Program Membaca 1Malaysia peringkat sekolah telah diadakan pada 21 April 2015 bertempat di dataran KEJAT SMK Slim ,Slim River. Aktiviti pelancaran serta membaca dalam satu jangkamasa yang ditetapkan telah diadakan sebagai salah satu aktiviti program di kalangan guru dan murid.
Program ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi minat membaca di kalangan murid-murid.

Monday, 20 April 2015

PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH 2015

Kem Membaca 1Malaysia merupakan 1 aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) bertujuan untuk menggalakkan pembacaan untuk mengisi waktu dan seterusnya mengekalkan momentum pembelajaran murid.
Membaca merupakan satu proses kognitif dengan cara membina, memberi makna atau pengertian kepada kod-kod seperti huruf. Hasil daripada proses itu maka akan terhasil maklumat yang digunakan untuk berkomunikasi, berkongsi pendapat dan idea.
Melalui pembacaan juga, kita boleh mendidik diri dengan meningkatkan ilmu pengetahuan yang ada bagi mempertingkatkan kualiti hidup, mampu berdaya saing dan bergerak maju dalam dunia kini yang mencabar.
Malah individu yang suka membaca merupakan aset kerajaan yang tidak terhingga nilainya kerana kehidupan pada hari esok banyak bergantung kepada apa yang kita pelajari masa kini.
Menyedari kepentingan membaca, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama sebuah syarikat pengedar buku kanak-kanak, Scholastic Sdn. Bhd. baru - baru ini menganjurkan Kem Membaca 1Malaysia.
Kem Membaca 1Malaysia merupakan 1 aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) bertujuan untuk menggalakkan pembacaan untuk mengisi waktu dan seterusnya mengekalkan momentum pembelajaran murid.
Pelancaran serentak seluruh negara akan berlangsung pada 21 April 2015.

Sunday, 19 April 2015

Buku NILAM


Tiga Elemen Program NILAM
a. Rekod Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.
b. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
c. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan aktiviti berkaitan yang disertai.

Kepada murid yang masih belum membeli buku NILAM sehingga hari  ini atau buku NILAM mereka telah hilang sila dapatkannya segera dari guru anda.